Thursday, 5 July 2012

LAPORAN SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-10 PROGRAM DIPLOMA FARMASI



Tarikh : 5&6 Julai 2012
Tempat : Dewan Serbaguna UniKL RCMP & Taman D.R. Seenivasagam
Anjuran : Fakulti Farmasi, UniKL RCMP
Laporan disediakan : 10 Julai 2012

1.0 Pengenalan

Pada 5 dan 6 Julai 2012, Fakulti Farmasi UniKL RCMP telah menganjurkan Sambutan Ulangtahun Ke-10 Program Diploma Farmasi. Program diadakan selama dua hari di Dewan Serbaguna UniKL RCMP dan Taman D.R. Seenivasagam, Ipoh, Perak. Para pelajar yang terlibat merangkumi pelajar daripada Semestar 1 hingga Semestar 4 dan Alumni Farmasi UniKL RCMP. Pada 5 Julai 2012, Karnival Sukan Farmasi telah diadakan di Padang Taman D.R. Seenivasagam. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti main tarik tali, telefon buruk, lari 3 kaki, belon terbang, bola ping pong dalam sudu dan batu-bata pecah. Pada keesokan malamnya, majlis makan malam ’A Decade of Inspiration’ diadakan di dewan serbaguna UniKL RCMP.

2.0 Latar belakang

2.1 Senarai nama ahli jawatankuasa Induk

Penaung
PROF. DR. Mohd Syafiq Bin Abdullah

Penasihat
DR. Henny Rachdiati

Pengerusi
Imran Khan Bin Sulaiman

Naib Pengerusi
Oliver Anak Lipeh

Setiausha
Nur Farah Farhanah Binti Ismail

Bendahari
Chong Pei Ting

Protokol dan fasiliti
Abdullah Azim Bin Zulkafli

Penerangan
Tuan Hanif Bin Tuan Syukri

Pendaftaran
Safwah Binti Mohd Hanapiah
Pengurusan hadiah dan cenderamata
Ayudafitri Binti Dahnil & Nurul Syamimi Binti Norazmi

2.2 Tentatif program

5 Julai 2012
8.30am-12.30pm
Sukaneka
6 Julai 2012

8.30am-9.30am
Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yassin
8.00am-12.00pm
Pameran Anti-Dadah oleh AADK
11.00am-12.00pm
Ceramah mengenai penyalahgunaan dadah oleh wakil AADK
7.30pm-10.30pm
Majlis Makan Malam dan Anugerah Pencapaian Cemerlang
8.30 am - 4.00pm
Pameran Pencapaian 10 tahun Program Diploma Farmasi di RCMP dan Gerai Jualan (Produk Kesihatan)

            2.3 Penerangan aktiviti yang dilakukan

Program ini dianjurkan sempena Sambutan Ulangtahun Ke-10 Program Diploma Farmasi UniKL RCMP. Kegembiraan ini dikongsi bersama-sama staf Fakulti Farmasi, para pelajar dan Alumni Farmasi UniKL RCMP.

            Program ini bermula dengan ketibaan Prof Dr Mohd Syafiq Bin Abdullah selaku Dekan Fakulti Farmasi, para pesyarah, pelajar-pelajar dan Alumni Farmasi.

            Majlis bacaan doa bagi memberkati majlis diketuai oleh Muhammad Ismail Bin Wan Abas. Seterusnya, Pengarah Program, Oliver Anak Lipeh memberikan sedikit ucapan alu-aluan diikuti oleh Dekan Fakulti Farmasi, Prof Dr Mohd Syafiq Bin Abdullah seterusnya merasmikan Majlis Makan Malam Sambutan Ulangtahun Ke-10 Program Diploma Farmasi.

            Para hadirin menikmati juadah makan malam dengan menyaksikan persembahan Silat Gayung daripada pelajar Semestar 2 dan persembahan koir daripada Semestar 4. Persembahan diteruskan lagi dengan persembahan nyanyi trio daripada pelajar Semestar 1, Semestar 3 dan Semestar 4.

            Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang bagi setiap semester dan pelajar paling aktif. Seterusnya penyampaian cenderamata kepada Prof Dr Mohd Syafiq oleh Oliver Anak Lipeh selaku pengarah program.


3.0 Huraian dan penilaian peserta

            Sebelum majlis bersurai, para hadirin dipersembahkan dengan persembahan Gamelan. Kesemua hadirin kelihatan berpuas hati dengan acara yang dilakukan pada malam itu. Majlis makan malam tamat pada pukul 11.30 malam.

            Secara keseluruhannya semua pelajar berpuas hati dengan program yang telah dijalankan ini kerana program ini dapat mengeratkan hubungan diantara pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah yang terlibat.
Selain daripada itu, program ini juga dapat memupuk semangat kerjasama, berdisiplin dan bersatu hati  sebelum, semasa, dan selepas melaksanakan sesuatu tugas yang diamahkan. Tidak ketinggalan juga,  program ini secara tidak lansung telah dapat memupuk semangat sukarelawaan dan amal kebajikan serta  dapat memberikan pengalaman yang baru kepada ahli yang terlibat dalam melakukan kerja amal ini.


4.0 Cadangan dan penyelesaian masalah

Cadangan dan penyelesaian masalah yang perlu dilakukan ialah sentiasa berwaspada dan mengambil kira  tentang sesuatu perkara walaupun supaya tidak akan berlaku lagi masalah yang sama dikemudian hari.
Selain itu, diharap agar semua peserta yang terlibat juga mengetahui akan tanggungjawab keseluruhan di dalam program yang dijalankan.


5.0 Penutup

Kesimpulannya, Program Sambutan Ulangtahun Ke-10 Prograam Diploma Farmasi yang dijalankan ini dapat member peluang kepada  para pelajar untuk merasakan pengalaman baru sebagai ahli jawatankuasa mahupun urusetia tetapi secara  khususnya dapat menjalinkan hubungan yang baik, berdisiplin dan bertanggungjawab dalama kalangan pelajar. 

Gambar



































































No comments:

Post a Comment