Pada 15 Jun
2012 bersamaan hari Sabtu, Kelab Farmasi telah membuka sebuah gerai makanan
bertempat di tapak “parking” kenderaan UniKL RCMP. Tujuannya ialah untuk
mengutip dana bagi melaksanakan program ke Sabah pada hujung tahun ini
disamping memberi pengalaman manis kepada ahli-ahli kelab untuk sama-sama
menyertai aktiviti yang hanya berlangsung sekali dalam setahun sahaja. Pada
awal pagi, kami telah datang membuat persiapan di gerai bagi memudahkan kerja
pada waktu tersebut kerana ramai orang semakin berpusu-pusu mencari makanan
untuk bersarapan. Kami telah menjual mihun goreng, aneka kuih-muih, keropok
lekor dan buah-buahan. Air yang disediakan pula seperti air kotak
berbagai-bagai perisa, air tin dan juga air mineral. Pada waktu tengahari pula,
kami menjual nasi beriyani sebagai makanan berat untuk para pengunjung.
Sambutan daripada pelajar-pelajar sekolah menengah dari pagi juga amat
memberansangkan. Oleh itu, jualan di gerai kami juga laris daripada pagi hingga
ke petang. Sistem kupon yang diberi pada tahun ini sebagai ganti wang ringgit
juga menggalakkan kami mendapat untung yang tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Selain para pelajar dan pengunjung yang hadir pada hari itu, pensyarah-pensyarah
juga telah member kerjasama yang baik dalam usaha menjayakan jualan kami.
Mereka singgah digerai kami setiap masa dan membeli pelbagai makanan untuk
dibawa pulang ke rumah.
Justeru itu,
sebagai kesimpulannya aktiviti jualan seperti ini memberi banyak pengalaman
kepada pelajar dan juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama mereka. Selain
itu, kerjasama dan sikap saling membantu juga dapat diterapkan melalui aktiviti
jualan ini. Mereka bukan sahaja menimba ilmu di dalam kelas malah aktif
mengikuti aktiviti berpersatuan menjadikan mereka seimbang dari segi kurikulum
dan kokurikulum.
No comments:
Post a Comment