Friday, 15 June 2012

Laporan Aktiviti Jualan Sempena Hari Terbuka Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak.






Pada 15 Jun 2012 bersamaan hari Sabtu, Kelab Farmasi telah membuka sebuah gerai makanan bertempat di tapak “parking” kenderaan UniKL RCMP. Tujuannya ialah untuk mengutip dana bagi melaksanakan program ke Sabah pada hujung tahun ini disamping memberi pengalaman manis kepada ahli-ahli kelab untuk sama-sama menyertai aktiviti yang hanya berlangsung sekali dalam setahun sahaja. Pada awal pagi, kami telah datang membuat persiapan di gerai bagi memudahkan kerja pada waktu tersebut kerana ramai orang semakin berpusu-pusu mencari makanan untuk bersarapan. Kami telah menjual mihun goreng, aneka kuih-muih, keropok lekor dan buah-buahan. Air yang disediakan pula seperti air kotak berbagai-bagai perisa, air tin dan juga air mineral. Pada waktu tengahari pula, kami menjual nasi beriyani sebagai makanan berat untuk para pengunjung. Sambutan daripada pelajar-pelajar sekolah menengah dari pagi juga amat memberansangkan. Oleh itu, jualan di gerai kami juga laris daripada pagi hingga ke petang. Sistem kupon yang diberi pada tahun ini sebagai ganti wang ringgit juga menggalakkan kami mendapat untung yang tinggi berbanding tahun sebelumnya. Selain para pelajar dan pengunjung yang hadir pada hari itu, pensyarah-pensyarah juga telah member kerjasama yang baik dalam usaha menjayakan jualan kami. Mereka singgah digerai kami setiap masa dan membeli pelbagai makanan untuk dibawa pulang ke rumah.











Justeru itu, sebagai kesimpulannya aktiviti jualan seperti ini memberi banyak pengalaman kepada pelajar dan juga dapat mengeratkan silaturrahim sesama mereka. Selain itu, kerjasama dan sikap saling membantu juga dapat diterapkan melalui aktiviti jualan ini. Mereka bukan sahaja menimba ilmu di dalam kelas malah aktif mengikuti aktiviti berpersatuan menjadikan mereka seimbang dari segi kurikulum dan kokurikulum.

Thursday, 14 June 2012

Laporan Pembentangan Lawatan ke Sabah



        Program lawatan ke Sabah dianjurkan sempena hasrat Dekan Fakulti Farmasi, Prof Dr Muhammad Syafiq Bin Abdullah untuk memperkenalkan program Diploma Farmasi di UniKL Royal College of Medicine Perak (RCMP) sekaligus menarik minat anak-anak Sabah untuk menyertai program Farmasi. 

          Program pembentangan ‘Mari Ke Sabah’ telah dilakukan di dalam Purple Lecture Theatre (PLT) pada 14 Jun 2012 bersamaan pada hari Khamis, sebagai pembentangan matlumat ringkas kepada pelajar-pelajar program Diploma Farmasi daripada semester 1 hingga semester 4.






           Safwah Binti Mohd Hanapiah selaku pengarah program ke Sabah dan Naufal Auf Bin Ezidy selaku Biro pendaftaran membentangkan pembentangan ringkas ‘Mari ke Sabah’, sebagai memberi informasi tambahan dan menarik minat pelajar-pelajar Farmasi menyertai program yang julung-julung kali diadakan ini.

           Program lawatan Community Services Responsibilities (CSR) di Sabah ini akan dijalankan selama tiga hari dua malam di kawasan perkampungan masyarakat Sumbiling, Tenom, Sabah.  Program ini akan disertai seramai 29 orang pelajar, tujuh orang staf Fakulti Farmasi termasuk Dekan Fakulti Farmasi, dua orang dari unit hal ehwal pelajar (HEM) dan dua orang dari Jawatan Perwakilan Pelajar (JPM). Pembentangan ringkas ini ditamatkan oleh Tuan Haji Suffian Bin Yahaya, penasihat Pharmacy Student Society (PSS) 2012 dan merangkap sebagai penasihat lawatan ke Sabah. Mesyuarat tamat pada pukul 12.30 tengah hari.

Sunday, 10 June 2012

Report on closing ceremony of ‘Karnival Sukan RCMP (KSR ) 2012’



            On the 10th June 2012, Pharmacy Student Society (PSS) has been organised a closing ceremony of ‘Karnival Sukan RCMP 2012’ at Blue Lecture Theatre (BLT) UniKL Royal College of Medicine Perak. This event had been participated among students and staffs UniKL RCMP.

            This event was held in honour of celebrating the victory of participants KSR 2012.  The purpose of this event is to discover and bring up front the talents in sports in each person. On top of that, it is planned to unite courses in RCMP. This is to give a chance for the students to build a good relationship among them and have healthy competition in sports.

            Events contested in KSR program is netball, futsal, volleyball, badminton, football, tennis, bowling, darts, chess and carom. The faculty involved are the Faculty of Medical , Faculty of Pharmacy, Faculty of Radiography, Faculty of Nursing and Faculty of Physiotherapy.

            All the participants were gathered at the BLT UniKL RCMP at 7.45 evening. Then the emcee announced the arrival of the VIP, Dean of Faculty Medicine, Prof Mohammad Abdul Rahman. The ceremony where proceed to the opening speech of director program of KSR, Aizat Khaliz Bin Rozain followed by the Dean of Faculty Medicine, Prof Mohammad Abdul Rahman. Once it was over, the slot of video during the KSR is displayed to the participants and dean. Next slot was the guitar presentation by Naufal Auf and Mohammad Bakhtiar sang a song of Faizal Tahir; Gemuruh and Ella; Standing in The Eyes.

            After the presentation finished, the last programme took place was the prize giving. The winner got their own medals and their championship cup. After the photography session done, the emcee announces departure of participants and the VIP reception. The event ended at 10.30pm