Tarikh : 5&6 Julai 2012
Tempat : Dewan Serbaguna UniKL RCMP & Taman D.R. Seenivasagam
Anjuran : Fakulti Farmasi, UniKL RCMP
Laporan disediakan : 10 Julai 2012
1.0 Pengenalan
Pada 5 dan 6
Julai 2012, Fakulti Farmasi UniKL RCMP telah menganjurkan Sambutan Ulangtahun
Ke-10 Program Diploma Farmasi. Program diadakan selama dua hari di Dewan
Serbaguna UniKL RCMP dan Taman D.R. Seenivasagam, Ipoh, Perak. Para pelajar yang terlibat merangkumi
pelajar daripada Semestar 1 hingga Semestar 4 dan Alumni Farmasi UniKL RCMP.
Pada 5 Julai 2012, Karnival Sukan Farmasi telah diadakan di Padang Taman D.R.
Seenivasagam. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti main tarik
tali, telefon buruk, lari 3 kaki, belon terbang, bola ping pong dalam sudu dan
batu-bata pecah. Pada keesokan malamnya, majlis makan malam ’A Decade of
Inspiration’ diadakan di dewan serbaguna UniKL RCMP.
2.0 Latar belakang
2.1 Senarai nama ahli jawatankuasa Induk
Penaung
PROF. DR. Mohd Syafiq Bin Abdullah
Penasihat
DR. Henny Rachdiati
Pengerusi
Imran Khan Bin Sulaiman
Naib Pengerusi
Oliver Anak Lipeh
Setiausha
Nur Farah Farhanah Binti Ismail
Bendahari
Chong Pei Ting
Protokol dan fasiliti
Abdullah Azim Bin Zulkafli
Penerangan
Tuan Hanif Bin Tuan Syukri
Pendaftaran
Safwah Binti Mohd Hanapiah
Pengurusan hadiah dan cenderamata
Ayudafitri Binti Dahnil & Nurul Syamimi Binti
Norazmi
2.2
Tentatif program
5 Julai 2012
8.30am-12.30pm
|
Sukaneka
|
6 Julai
2012
|
|
8.30am-9.30am
|
Majlis Kesyukuran
dan Bacaan Yassin
|
8.00am-12.00pm
|
Pameran
Anti-Dadah oleh AADK
|
11.00am-12.00pm
|
Ceramah
mengenai penyalahgunaan dadah oleh wakil AADK
|
7.30pm-10.30pm
|
Majlis
Makan Malam dan Anugerah Pencapaian Cemerlang
|
8.30 am -
4.00pm
|
Pameran
Pencapaian 10 tahun Program Diploma Farmasi di RCMP dan Gerai Jualan (Produk
Kesihatan)
|
2.3 Penerangan aktiviti yang dilakukan
Program ini dianjurkan sempena Sambutan
Ulangtahun Ke-10 Program Diploma Farmasi UniKL RCMP. Kegembiraan ini dikongsi
bersama-sama staf Fakulti Farmasi, para pelajar dan Alumni Farmasi UniKL RCMP.
Program
ini bermula dengan ketibaan Prof Dr Mohd Syafiq Bin Abdullah selaku Dekan
Fakulti Farmasi, para pesyarah, pelajar-pelajar dan Alumni Farmasi.
Majlis
bacaan doa bagi memberkati majlis diketuai oleh Muhammad Ismail Bin Wan Abas.
Seterusnya, Pengarah Program, Oliver Anak Lipeh memberikan sedikit ucapan
alu-aluan diikuti oleh Dekan Fakulti Farmasi, Prof Dr Mohd Syafiq Bin Abdullah
seterusnya merasmikan Majlis Makan Malam Sambutan Ulangtahun Ke-10 Program
Diploma Farmasi.
Para
hadirin menikmati juadah makan malam dengan menyaksikan persembahan Silat
Gayung daripada pelajar Semestar 2 dan persembahan koir daripada Semestar 4.
Persembahan diteruskan lagi dengan persembahan nyanyi trio daripada pelajar
Semestar 1, Semestar 3 dan Semestar 4.
Majlis
diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar cemerlang bagi
setiap semester dan pelajar paling aktif. Seterusnya penyampaian cenderamata
kepada Prof Dr Mohd Syafiq oleh Oliver Anak Lipeh selaku pengarah program.
3.0 Huraian dan penilaian
peserta
Sebelum
majlis bersurai, para hadirin dipersembahkan dengan persembahan Gamelan.
Kesemua hadirin kelihatan berpuas hati dengan acara yang dilakukan pada malam
itu. Majlis makan malam tamat pada pukul 11.30 malam.
Secara keseluruhannya
semua pelajar berpuas hati dengan program yang telah dijalankan ini kerana program
ini dapat mengeratkan hubungan diantara pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah
yang terlibat.
Selain daripada itu, program
ini juga dapat memupuk semangat kerjasama, berdisiplin dan bersatu hati sebelum, semasa, dan
selepas melaksanakan sesuatu tugas yang diamahkan. Tidak ketinggalan juga, program ini secara tidak
lansung telah dapat memupuk semangat sukarelawaan dan amal kebajikan serta dapat memberikan
pengalaman yang baru kepada ahli yang terlibat dalam melakukan kerja amal ini.
4.0 Cadangan dan
penyelesaian masalah
Cadangan dan penyelesaian masalah yang perlu dilakukan
ialah sentiasa berwaspada dan mengambil kira tentang sesuatu perkara
walaupun supaya tidak akan berlaku lagi masalah yang sama dikemudian hari.
Selain itu, diharap agar semua peserta yang terlibat
juga mengetahui akan tanggungjawab keseluruhan di dalam program yang
dijalankan.
5.0 Penutup
Kesimpulannya, Program Sambutan Ulangtahun Ke-10
Prograam Diploma Farmasi yang dijalankan ini dapat member peluang kepada para pelajar untuk
merasakan pengalaman baru sebagai ahli jawatankuasa mahupun urusetia tetapi
secara khususnya dapat menjalinkan hubungan yang baik,
berdisiplin dan bertanggungjawab dalama kalangan pelajar.
Gambar